puteriku
ku tiupkan ayat suci diubunmu
ku tiupkan seruan solat ditelingamu
agar mekar kelopakmu
agar sesegar embun pagi
agar semangatmu ampuh
puteriku
pesanku buatmu tentang ilmu
yang mencampak kekufuran
bila hidayah mendatang
jangan pinta petua dari sijahil
kerana fatwanya menyesatkan
ketika salahmu, ku tegur dengan manja
ketika betulmu, ku mensyukuri kepintaranmu
jangan pencilkan kesedihan dengan esakkan sayu
usah salahkan tuhan tika lara dan duka
ujian itu nilai sebuah kesabaran
puteriku
ketika aku dipenjarakan
itulah waktu untuk beruzlah
ketika aku dibuang jauh
aku sedang bercuti
jika aku terbunuh sebagai pejuang
aku bertemu tuhan sebagai syuhada
puteriku
selimutlah aku dengan setebal solehahmu
dikala aku kesejukan leka
biar nafsu jerihku tunduk
merafaq nas hakiki
untuk mengangkat mu
sebagai bidadari firdausi



June 16th, 2010
admin
Posted in 
Bait-bait yang mulus nukilan untuk puteri tersayang.Pengharapan ikhlas yang hangat dengan limpahan kasih . Tahniah …sungguh indah.