usah biarkan mereka menguasai hidup. buat yang perlu. kalau buat untuk mereka, bukan mereka menghargai. mereka tak pernah mengucapkan terima kasih. kalau ada hanya sekadar ucapan. bukan seikhlasnya. ya memang tak berhak mengukur keikhlasan orang. mereka hanya mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain. mereka menekan walaupon mereka kata mereka hormat, sayang atau cinta. mereka memujuk tetapi sebenarnya mereka mentertawakan. sehingga kini tak tahu apa yang mereka mahu. biarkan mereka dan pedulikan mereka. usah mereka menguasai hidup. pasrahkan kepada allah. pasrah seperti air yang mengalir dan mengarah kepada pencipta. biar pencipta yang menentukan. siti hajar mencari air dengan menuruni lembah kering kontang yang mengikut logika akal tidak seharusnya dilakukan kerana ruang lingkup yang dicari adalah tanah tandus. siti hajar tidak menggunakan logika akal pada masa tersebut cuma percaya dalam tahap keyakinan yang tinggi bahawa ada air di tanah yang gersang. rahmat allah yang kuasa, air dikeluarkan dari tanah tandus sehingga kekal sehingga hari ini.



May 23rd, 2010
admin
Posted in 
Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kecilmu. Meminta pada manusia hati jadi nestapa. Mintalah padaNya Dia yang melihat segalanya