Allah patahkan hati untuk selamatkan jiwa. Dia patahkan hati untuk membuat jiwa lebih bersemangat. Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat. Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai nikmat yang dberi olehnya. Berikan aku kekuatan untuk menghayati pemberian mu Allah.
Termenung jauh mindaku, mengenangkan diri semakin hari semakin hilang usia apabila kian lama meniti dunia ini, namun imanku tak jua bertambah. Mentari yg menyinari alam ini, bulan purnama menghiasi malam. Betapa hinanya daku, matahari serta bulan yang cukup besar masih patuh pada aturanNya. Sedangkan aku yang kerdil ini seringkali lalai daripada perintahNya. Ya Allah, ampunkanlah daku kerna kelekaanku mengecapi dunia milikMu ~
Berpalinglah dirimu dari kepenatan memburu kasih sayang manusia, tapi rebutlah kasih sayang Allah, sayangi lah manusia kerana Allah, Jangan dengan tujuan untuk mendapatkan kasih sayang manusia. Jika kamu disayangi, bersyukurlah, jika kasih sayang kamu tidak dihargai, Ingatlah Allah sentiasa menyayangi kamu. Dia akan lebih menyayangi mu jika selagi perbuatan mu hanya kerana mencari cintanya.” Ada pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah.” (AL-BAQARAH:165)



March 14th, 2010
admin
Posted in 
begitu syahdu sekali membaca coretan uncle.. ^_^