Jemputan Sidang akhbar dan Pelancaran Album In Heart

Kenyataan ini bertujuan untuk memaklumkan Kumpulan In Heart akan mengadakan Sidang Akhbar dan Majlis Pelancaran Single Album bertempat di Bora Ombak, G1, Kompleks Sukan Ampang, Persiaran Mamanda 1, Taman Dato’ Ahmad Razali ( Ampang Point),68000 Ampang, Selangor pada 1hb Oktober 2009 ( Khamis ) jam 3 – 6 petang.

Pelancaran single album ini adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih Kumpulan In Heart kepada penyokong, peminat dan rakan wartawan dari media cetak / elektronik yang tidak jemu memberi sokongan, galakan dan kerjasama kepada Kumpulan In Heart untuk terus bertapak dan mewarnai industri muzik tanah air.

Album ini menampilkan 3 buah lagu iaitu ”SAKURA” ”YANG KU CARI” dan ”PENANTIAN INI” sebuah lagu Hari Raya berkobolarasi bersama Imran Ajmain dan Hyrul Mentor 3 telah mengangkat SAKURA – Bertuturnya Sebuah Perjuangan sebagai tajuk single album kali ini.

Menampilkan barisan komposer lama & baru telah menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran In Heart dapat memberikan satu tranformasi dalam menelusuri arus ritma muzik yang lebih global dan menjadi sebuah kumpulan yang lebih universal.

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran sila hubungi :-
Khairul Rizam ( In Heart ) – 012-2855650
Hazimi Zailani – 017-6088219 / 03-92004314 (pejabat)

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Download Free Ringtones Online. | Thanks to Wordpress Themes, Webdesign and Fat burning Furnace